Beza Penapis Udara Storm VS Lombok. Nak guna penapis udara Storm atau Lombok? Tapi yang mana satu yang bersesuai untuk anda. Kalau nak dapatkan produk penapis udara yang bersesuaian dengan kehendak diri dan keluarga perlu lah jelas dengan perbezaan penapis udara Storm vs Lombok itu sendiri.
Perbezaan Storm Vs Lombok
1.Coverage dan berat
Untuk keluasan coverage nampaknya Lombok III lebih baik daripada Storm iaitu 50 m2 sebaliknya Storm adalah 49.5 m2 . Namun perbezaan ini tidaklah significant, hanya berbeza 0.5 m2 . Jadi jika ingin menyesuaikan dengan keluasan rumah bagi UMMI tidak menjadi masalah kerana perbezaan yang tidak ketara. Sekiranya mempunyai budget yang lebih, boleh memilih penapis udara Lombok
Untuk berat pula kedua-duanya sama iaitu 12 kg. Jadi tidak menjadi masalah untuk anda memilih sekiranya faktor berat menjadi salah satu kriteria dalam pemilihan.
2. Antara beza utama Storm dan Lombok- Penunjuk Kualiti udara
Beza penapis udara Storm Vs Lombok untuk penunjuk kualiti udara, Lombok III mempunyai penunjuk kualiti udara yang lebih tepat berbanding Storm (Rajah 1). Hal ini kerana, penunjuk kualiti udara Lombok menunjukkan nilai indek kualiti udara bagi PM2.5. Jadi apa itu PM2.5
PM2.5. adalah bahan zarahan yang terampai dalam udara sama pada saiz yang sangat kecil iaitu sekitar 2.5 mikron. Kecil sangat ke 2.5 mikron ini? Yea, sangat kecil dan sukar dilihat dengan mata kasar. Untuk perbandingan saiz rambut sekitar 70 mikrometer adalah 30 kali ganda besar berbanding partikel yang bersaiz 2.5 mikron (Rujuk Rajah 2). Partikel sekecil 2.5 mikron ini boleh memasuki ruang pernafasan sekaligus akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan diri dan keluarga.
Sebagai contoh sekiranya penunjuk kualiti udara Coway Lombok menunjukkan bacaan PM2.5 seperti di dalam Jadual 1 ia menandakan kualiti udara yang baik dan sihat seperti garis panduan yang telah ditetapkan oleh U.S. Air Quality Index (AQI) seperti Jadual di bawah.
Manakala untuk Storm tidak mempunyai kualiti udara yang lebih tepat seperti Lombok. Di mana penunjuk kualiti udara untuk storm hanya dengan warna seperti di dalam rajah di bawah. Penunjuk kualiti udara bagi penapis udara Storm ibarat kertas litmus yang kita guna disekolah untuk subjek sains untuk menentukan pH keasidan atau alkali sesuatu bahan. Namun Lombok pula ibarat kita menggunakan digital pH meter dimana keasidan sesuatu bahan dapat diberi dengan lebih jitu contohnya pH 3.8.
3. Apa beza penapis udara storm vs lombok dari segi fungsi tambahan
Seterusnya, beza penapis udara Storm VS Lombok terletak pada fungsi tambahan pada penapis udara Storm. Di mana, penapis udara Storm mempunyai fungsi tambahan yang boleh bertindak seperti kipas angin. Ini akan membantu anda sekeluarga untuk rasa lebih sejuk dan nyaman. Namun sesetengah pelanggan tidak merasa ini kriteria yang penting. Sebab utama ialah tugas penapis udara itu sendiri ialah untuk menapis udara. Namun, ada juga pelanggan rasa sangat membantu fungsi tambahan ini, kerana apabila mengguna penapis udara Storm. Mereka tidak lagi menggunakan kipas angin yang lain untuk menjimatkan elektrik. Ibarat 2 dalam 1, menapis udara dan sebagai kipas angin. Amat nyaman kerana angin yang terhasil daripada penapis udara Storm adalah angin yang sudah ditapis.
4. Filter -Perbezaan yang PENTING
Perbezaan yang paling penting bagi Ummi untuk penapis udara Storm vs Lombok ialah terletak pada filternya. Kelebihan Lombok ialah mempunyai filter tambahan RBD plasma dan deodorization filter. Untuk maklumat lebih lengkap mengenai jenis-jenis filter Coway Klik disini.
5. Harga
Harga juga menjadi beza penapis udara Storm vs Lombok. Lumrah dalam pembelian barangan, spec yang lebih baik akan menjadikan harga lebih mahal sedikit. Iphone model terkini, lebih mahal daripada yang sebelumnya kerana spec yang ditambah baik dari masa ke semasa. Begitu lah adat dalam pembelian barang. Begitu juga dengan penapis udara Storm vs Lombok.
Lombok lebih mahal berbanding dengan STORM atas sebab utama filter dan penunjuk kualiti udara yang lebih efektif dan efisien. Bagi pendapat Ummi, sekiranya anda mempunyai budget lebih boleh lah memilih menggunakan penapis udara Lombok. Ataupun faktor seperti mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, asma, resdung yang teruk dan tinggal di kawasan yang berhampiran dengan industri perkilangan. Hal ini kerana habuk juga boleh menjadikan penyakit tersebut bertambah teruk. Rujuk jadual di bawah untuk memahami perbezaan penapis udara Storm dan Lombok dengan lebih mudah dah terperinci.
STORM | LOMBOK III | |
Model | AP-1516D | AP-1520C |
Coverage | 49.5 m2 | 50 m2 |
Filter | Pre filter
Fine Dust Filter Deodorization filter HEPA filter
|
Pre filter
Fine dust filter HEPA filter RBD Plasma filter Catalyst filter Deodorization filter
|
Fungsi | 3- Stage Speed Control
3 Multidirectional Air Flows Dust sensor, Light sensor, Auto, Silent, Sleep Haze mode, Timer, Quick Mode, Air Flow Mode |
3-stage speed control, Light Sensor, Dust sensor, Auto, manual, silent turbo, Eco mode |
Berat bersih | 12 kg
|
12 kg |
Harga | Tunai: RM 2830
Sewa beli : RM 90 (Promosi RM 70) |
Tunai: RM 2830
Sewa beli: RM 109 (Promosi RM 90) |
Penggunaan tenaga | 65 W | 90 W |
Kesimpulan
Storm dan Lombok keduanya mempunyai ciri penting penapis udara. Iaitu mempunyai HEPA filter. Kelebihan utama Storm Coway ialah fungsi dwi fungsinya. Bukan sahaja membersihkan udara. Malah boleh bertindak seperti kipas. Sekaligus menghilangkan bahang panas di rumah. Manakala Lombok Coway pula, mempunyai tambahan tapisan filter RBD plasma. Filter ini mampu merencatkan dan melemahkan segala jenis mikroorganisma termasuk virus.