Penapis udara Storm Coway adalah salah satu penapis udara yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna. Bukan sahaja mampu membersihkan udara, malah mempunyai kelebihan utama dengan sistem dwi fungsi.
Oleh itu, penapis udara Storm Coway mampu melancarkan dan membersihkan pengaliran udara dalam rumah dan pejabat. Dengan cara menyedut habuk, debu, bulu, gas-gas merbahaya dan partikel-partikel halus yang berada diruang udara di rumah anda. Di samping menyejukkan rumah, dengan sistem dwi fungsi yang boleh bertindak seperti kipas angin.
Untuk tahu lebih lanjut kepentingan penapis udara Klik DISINI.
Apa yang menariknya dengan penapis Udara Storm Coway
1. Sistem dwi fungsi
Tarikan pada penapis udara Storm Coway ialah penapis ini sistem dwi fungsi iaitu mempunyai penapis udara dalam masa yang sama mengeluarkan angin seperti kipas. Oleh itu, Storm Coway ini juga mampu, mengurangkan bahang panas di dalam rumah atau di pejabat anda.
2. Penapis udara Storm Coway mempunyai pengaliran udara pelbagai arah
3. Mempunyai 4 jenis filter yang utama. Salah satu ialah HEPA filter
HEPA filter ini sememangnya filter yang wajib ada pada penapis udara. Tiada gunanya membeli penapis udara sekiranya tiada HEPA filter. Filter-filter lain, hanya membantu atau memaksimumkan lagi fungsi penapis udara untuk memastikan udara sentiasa bersih
a) Pre-filter: Menyedut dan menapis partikel seperti rambut, debu dan bulu
b) Fine dust filter: Menyedut partikel yang lebih kecil seperti debu halus
c) Deodorisation filter: menghilangkan bau busuk, rokok dań gas-gas merbahaya
d) HEPA filter: menyedut dan menapis asap rokok, partikel bersaiz mikro, bakteria, virus dan kuman.
4. Indikator Kualiti Udara
Tahap kualiti udara di rumah anda boleh dikenal pasti melalui Storm, sama ada bersih ataupun di tahap yang tercemar. Setiap warna mempunyai petunjuk kualiti udara di tahap 4 peringkat yang utama iaitu
a) Clean- warna biru
b) Low- warna hijau
c) Medium- warna kuning
d) High-warna merah
5. Mod Jerebu
Sistem penapis ini akan beroperasi dengan lebih laju dan kuat apabila mode ini diaktifkan. Jadi segala habuk atau pencemaran yang terampai di ruang udara dapat dibersihkan dengan lebih cepat dan berkesan.
6. Penapis udara Storm, Harga termurah-yang ini paling penting juga!!!
Coway mempunyai 4 jenis penapis udara yang mempunyai kelebihan masing-masing seperti Tuba, Lombok III, Breeze dan Storm. Di antara penapis-penapis udara Coway ini, penapis udara Storm harganya serendah RM 70/ bulanan lengkap dengan servis, penukaran filter dan warranty selama 5 tahun. Lady Coway akan datang ke rumah anda setiap 2 bulan untuk proses servis penapis udara. Ini sangat penting untuk memastikan penapis udara anda, dapat beroperasi secara optimum.
Kesimpulan
Penapis udara Coway masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri, bergantung kepada keperluan dan objektif pengguna. Untuk Storm pula, keistimewaan yang utama terletak pada sistem dwi fungsi yang boleh bertindak sebagai kipas, di samping membersihkan udara di persekitaran anda. Dengan harga mampu milik sudah tentu Storm akan menjadi pilihan para pengguna
One Response
Ada HEPA filter, quality product