untuk artikel kali ini kita boleh lihat Apa beza penapis Udara Storm dan Breeze .Sebelum ini, Ummi sudah menerangkan beza penapis udara Storm dengan Lombok III. Di mana, perbezaan yang penting bagi penapis udara Storm dan Lombok III adalah pertambahan filter RBD plasma dan catalyst untuk Lombok III. Di samping penunjuk kualiti udara yang lebih spesifik. Jadi,
1. Beza penapis Udara Storm dan Breeze dari semua segi Filter
Jenis dan bilangan filter bagi kedua-dua penapis udara Storm dan Breeze adalah sama iaitu mempunyai pre filter, fine dust filter, deodorization filter dan HEPA filter. Jenis filter adalah spesifikasi yang paling penting yang perlu dititik beratkan memandangkan objektif penapis udara untuk membersihkan udara bergantung kepada jenis filter yang digunakan.
Beza penapis udara Storm Vs Breeze untuk filter adalah sama. Untuk jenis filter penapis udara Storm vs Breeze kedua-duanya sama!!!
2. Penunjuk kualiti udara
Penunjuk kualiti udara bagi penapis udara Storm dan Breeze adalah sama standard. Di mana, penunjuk kualiti udara melalui warna. Contohnya warna biru menunjukkan udara yang bersih, manakala warna merah menunjukkan udara yang tercemar dengan teruk.
Jenis filter penapis udara dan penunjuk kualiti udara bagi Storm dan Breeze adalah sama standard. Jadi apa bezanya kedua-dua penapis udara ini?
3.Keluasan liputan (coverage) dan berat
Beza penapis udara Storm dan Breeze ialah terletak pada keluasan liputan iaitu Storm 49.5 m2 dan Breeze 33.9 m2 . Ini menjadikan Breeze lebih sesuai ditempatkan di bilik tidur atau ruangan yang lebih kecil. Manakala Storm sesuai untuk ruang rumah yang lebih besar seperti ruang tamu.
Namun berat penapis udara Breeze yang lebih ringan iaitu hanya 7.2kg menjadikan ianya lebih mudah dipindahkan dari satu ruang rumah ke ruang rumah yang lain. Berbanding dengan Storm yang lebih berat iaitu sebanyak 12 kg. Ada sesetengah pelanggan yang mungkin mempunyai budget yang terhad hanya mempunyai satu penapis udara di rumah. Jadi penggunaan penapis udara Breeze akan membantu, pelanggan untuk kerap memindahkan penapis udara. Contohnya pindahkan penapis udara Breeze dari ruang bilik tidur ke ruang bilik belajar atau ruang pejabat rumah.
Dan ada juga sesetengah pelanggan menganggap berat 12 kg untuk penapis udara Storm adalah masih ringan untuk dipindahkan dari satu ruang rumah ke ruang yang lain.
Manakala, pelanggan yang mempunyai budget yang lebih selalu akan memiliki sekurang-kurangnya dua penapis udara . Di mana akan meletakkan penapis udara di ruang tamu dengan tetap dan di bilik tidur. Kenapa begini? Ini kerana selepas penggunaan penapis udara yang berkesanuntuk membersihkan udara akan memberi kesan positif kepada kesihatan mereka. Contohnya dengan penggunaan penapis udara, pelanggan yang mempunyai alahan rinitis ataupun resdung akan mendapati alahan ini berkurang dengan ketara. Di mana, mereka kurang bersin dan kurang selsema lebih-lebih lagi di waktu malam dan pagi.
4. Fungsi tambahan dan Penggunaan tenaga
Perbezaan yang ketara bagi penapis udara Storm dan Breeze ialah fungsi tambahan penapis udara Storm yang boleh bertindak sebagai kipas angin. Kiranya seperti 2 in 1. Boleh menapis udara dalam masa yang sama boleh bertindak sebagai kipas angin. Namun penggunaan tenaga bagi penapis udara Storm adalah lebih tinggi di mana Storm sebanyak 65 watt dan Breeze sebanyak 38 watt. Bagi Ummi ianya relevan kerana fungsi tambahan Storm itu sendiri mempunyai fungsi kipas, malah keluasan liputannya yang lebih luas berbanding Breeze.
Risau mengenai kos kenaikan elektrik? Anda tidak perlu risau kerana penggunaan tenaga seperti ini hampir menyerupai kipas elektrik sahaja. Ummi juga yakin ramai di antara kita, yang menggunakan kipas akan memasang kipas hampir 24 jam, sekiranya berada di rumah. Ini menujukkan, kita tidak terlalu berkira untuk memikirkan bil eletrik untuk kipas angin. Sebaliknya, berbanding dengan penggunaan “aircond” atau penghawa dingin, kita lebih particular atau berkira-berkira untuk sentiasa memasang aircond kerana risau bil akan elektrik akan melambung tinggi.
5. Beza penapis Udara Storm dan Breeze dari semua segi Harga
Jika dibandingkan dengan harga, penapis udara Breeze lebih murah daripada Storm iaitu hanya RM 79 sebulan berbanding Storm RM 90.
Tapi berita baik untuk anda, di mana Storm dalam promosi iaitu HANYA RM 70 sekarang.
STORM | BREEZE | |
Model | AP-1516D | AP-1018F |
Coverage | 49.5 m2 | 33.9 m2 |
Filter | Pre filter
Fine Dust Filter Deodorization filter HEPA filter
|
Pre filter
Fine dust filter Deodorization filter HEPA filter
|
Fungsi | 3- Stage Speed Control
3 Multidirectional Air Flows Dust sensor, Light sensor, Auto, Silent, Sleep Haze mode, Timer, Quick Mode, Air Flow Mode |
2- Stage speed control, Light sensor, Dust Sensor, Auto, Manual, Silent, Turbo, Smart Eco Mode |
Berat bersih | 12 kg
|
7.25 kg |
Harga | Tunai: RM 2830
Sewa/Beli: RM 90 (Promosi RM 70) |
Tunai: RM 2500
Sewa/beli: RM 79 |
Penggunaan tenaga | 65 W | 38 W |
Kesimpulan
Ummi sudah jelaskan beza penapis udara Storm vs Breeze. Untuk membuat pilihan, ianya juga bergantung kepada keperluan,status kesihatan, budget dan cara hidup anda sekeluarga.
Kesemua model penapis udara Coway mempunyai HEPA filter sebagai filter yang utama, cumanya yang berbeza bilangan dan tambahan filter yang lain selain HEPA. Bagi Ummi, sekiranya anda ingin menggunakan penapis udara perlulah memastikan terlebih dahulu penapis udara tersebut mempunyai HEPA filter. Untuk maklumat lanjut Ummi ingin kongsikan kelebihan penapis udara Coway berbanding jenama lain.
Coway juga mempunyai produk penapis air murah Coway. Sekiranya anda masih tidak memiliki penapis air dirumah, Ummi juga ingin kongsikan manfaat penggunaan penapis air.
KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN UMMI
Ingin mendapatkan konsultasi secara percuma boleh terus hubungi UMMI pada talian 019 -555 1448 atau terus klik link ini