Coway beri sumbangan kepada Rumah Ronald McDonald baru-baru ini, dengan sumbangan berupa penapis air dan udara bagi memenuhi keperluan Rumah Ronald Mcdonald(RMH) di tiga buah hospital iaitu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hospital Tunku Azizah kedua-duanya di Kuala Lumpur serta Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan.
Menurut Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong, sumbangan tersebut bagi memastikan RMH mempunyai persekitaran yang selesa dan menyenangkan bagi keluarga pesakit kanak-kanak yang mendapat rawatan jangka panjang di hospital. Sekaligus keluarga pesakit akan lebih fokus untuk menjaga anak-anak yang sedang sakit.
Ini juga adalah salah satu cara Coway menunjukkan keprihatinan dan Coway Beri Sumbangan dan kesediaan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
RMHC sudah banyak membantu kanak-kanak yang sakit ini dan keluarga mereka. Kami benar-benar meyakini dan menyokong usaha mereka kerana kanak-kanak adalah generasi masa depan kami dan sekurang-kurangnya kita boleh membantu melengkapkan rumah-rumah ini dengan udara dalaman yang bersih dan air yang tulen- Kyle Choi Ri Rying, Pengarah Urusan Coway
Untuk maklumat RMHC ialah kemudahan yang menawarkan penginapan sementara yang mampu milik dan selesa di dalam kawasan hospital bagi keluarga pesakit pediatrik jangka panjang.
Sebagai contoh RMH yang beroperasi di Hospital Tunku Azizah dengan bayaran hanya RM15 semalam, rumah penginapan sementara ini dapat memenuhi keperluan keluarga pesakit kanak-kanak dari luar Kuala Lumpur sekali gus membantu meringankan beban kewangan mereka.
Dengan sumbangan penapis air dan penapis udara Coway kepada RRH juga menunjukkan salah satu cara keprihatinan Coway terhadapa rakyat Malaysia. Coway sentiasa mengambil berat dan berganding bahu untuk memberi manfaat dengan pelbagai sumbangan dan dana bukan sahaja kepada RMH tetapi pelbagai sudut lagi seperti berganding bahu memerangi Covid dan bantuan kepada mangsa banjir
Seterusnya, dengan sumbangan penapis air di RMH pastinya akan membantu keluarga pesakit mendapatkan air yang bersih dengan mudah dan cepat. Ini bukan sahaja akan menjamin kesihatan masyarakat, malah sedikit sebanyak memberi kemudahan dan kesenangan pada kerja-kerja seharian. Malah apabila kerja-kerja rutin seharian ini dimudahkan, secara tidak langsung akan memberi ketenangan fikiran dan keluarga pesakit akan lebih fokus menjaga ahli keluarga mereka.
Sumber: Edisi9, 3 Desember 2021
Sekiranya anda minat untuk mendapat maklumat tentang penapis air atau penapis udara boleh hubungi Ummi terus di talian 019 555 1448. Ummi adalah ejen Coway sepenuh masa (619936) yang akan memberi perkidmatan yang terbaik untuk anda. Ummi akan membantu memberi konsultasi percuma seperti tips memilih penapis air Coway dan menguruskan pendaftaran, pemasangan dan pengurusan selepas pembelian produk Coway