Penapis Air Ombak memenuhi cita rasa semua iaitu produk baru Coway. Yang di keluarkan untuk menepati keperluan rakyat Malaysia. Di mana, penapis air Ombak yang direka khas dengan kapasiti tangki terbesar di pasaran dan yang paling menarik dilengkapi tetapan suhu sehingga 50 kombinasi. Hal ini kerana sebagai pengeluar penapis udara dan air yang terbesar di Korea Selatan, Coway Malaysia sentiasa peka dengan keperluan rakyat Malaysia dan bakal melancarkan Ombak yang khusus untuk pasaran Malaysia.
Penapis Air Ombak direka bagi memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia daripada membancuh kopi kepada merebus telur dengan sempurna sehinggalah memanaskan susu bayi. Ini kerana Ombak membolehkan pengguna menetapkan suhu air yang diinginkan sehingga 90 darjah Celcius, tanpa perlu mencampurkan air panas dan air sejuk secara manual. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Coway, Harri Lee Hae Sun, Ombak mampu menjadi penyelesaian kepada permasalahan pengguna untuk mendapatkan suhu air yang sempurna.
“Model ini memberi tumpuan kepada keadaan air Malaysia dan kami menerapkan perkhidmatan CODY kami di pasaran Malaysia. Pasukan CODY kami yang terdiri daripada rakyat Malaysia akan menyumbang kepada perkhidmatan berkaitan kesihatan di Malaysia. “Ombak akan menyelesaikan penggunaan air yang berbeza seperti air suam. Jadi kami telah menambahbaik kepada model ini, hanya untuk memberi tumpuan kepada pasaran Malaysia dan yakin ia akan menjadi kejayaan yang besar di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia dalam lawatan ke pusat penyelidikan dan pembangunan Coway di sini baru-baru ini.
Pasaran Malaysia untuk diterokai
Pada 7 November ini, Ombak akan dilancarkan di Malaysia. Di mana, Coway akan terus merancang untuk teroka pasaran Malaysia yang di dorong prestasi kukuh selepas unitnya Coway (M) Sdn Bhd mencatatkan jualan sebanyak RM790 juta tahun lalu, meningkat 55 peratus berbanding 2016. Dengan sekitar 800,000 pelanggan di Malaysia ketika ini syarikat itu kini berada pada landasan tepat untuk mencapai satu juta pelanggan hujung tahun ini.
Tembusi pasaran Islam
Coway turut merancang menjadikan Malaysia hab bagi Asia Tenggara untuk kawalan berpusat. Ia juga dijadikan langkah permulaan untuk menembusi pasaran Islam global. Kata Yong Joo, hasrat ini mampu direalisasikan apabila Coway membuka kilang di Malaysia, yang dijangkakan menjelang 2020.
“Saya berkesempatan untuk bertemu MIDA baru-baru ini dan seperti anda tahu Malaysia sangat mesra kepada pelabur asing. Mereka kerap kali meminta saya untuk menubuhkan sebuah kilang di Malaysia dan kami sedang mempertimbangkannya kerana kita sudah mempunyai satu di China. “Saya terus meyakinkan CEO kami bahawa Malaysia adalah tempat terbaik untuk menubuhkan kilang. Kami sudah mencapai satu juta pelanggan dan berapa banyak penapis yang perlu kita gunakan di pasaran Malaysia sahaja. “Itulah sebabnya kita masih berbincang bila masa yang tepat dan di mana lokasi paling sesuai untuk menubuhkan kilang dan jika boleh, menjelang 2020, ia dapat direalisasikan,” katanya.
Jelas Yong Joo, pengukuhan perniagaan di Malaysia, mampu meyakinkan negara-negara Islam seperti Indonesia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi coway menapak secara meluas di negara tersebut. “Malaysia secara geografi adalah pusat kepada negara-negara Asia Tenggara. Di bahagian utara Malaysia terdapat Thailand dan Vietnam manakala di selatan terdapat Singapura, Indonesia dan Australia.
“Jadi ini adalah antara negara-negara Islam dan kami ingin menjadikan Malaysia pintu masuk untuk kami memperluaskan pasaran kami ke Indonesia dan juga negara-negara Timur Tengah. “Malah kami sudah mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu lagi cawangan luar negara di Indonesia tahun depan. Itulah sebabnya sijil halal kami akan memudahkan kami untuk menembusi pasaran Indonesia dan negara-negara Timur Tengah,” katanya. Ketika ini, Coway mempunyai tiga kilang pengeluaran di Korea iaitu di Yugu, Incheon dan Pocheon. Satu-satunya kilang yang terletak di luar Korea iaitu di China terletak di Guangzhou
Sumber: Astroawani
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penapis air atau penapis udara, boleh terus hubungi Ummi di talian 019-555 1448 atau boleh sahaja whatsapp Ummi. Artikel ini juga seperti mengapa perlu penapis air dirumah dan penapis air murah Coway dapat membantu anda sebagai rujukan atau membuat pertimbangan