Kelebihan Tilam Coway adalah tilam ini kualitinya setanding dengan kualiti tilam mewah yang popular di pasaran. Sekiranya anda tidak pernah merasa, pergi sahaja hotel 5 bintang dan rasai keselesaan untuk sehari
Walaupun sehari Ummi pasti, anda akan ingati untuk selama-lamanya. Daripada asyik termimpi-mimpi dengan keselesaan tilam di Hotel 5 bintang, apa kata anda miliki satu dengan Coway.
Sebelum kita selidik kelebihan tilam Coway, Jom kita lihat sama ada tilam lama di rumah perlu ditukar dengan tilam Coway.
Apa petanda anda patut tukar tilam baru?
1.Tidur tak selesa, atasi dengan Tilam Coway
Anda tak berniat pun nak tukar tilam baru, nak berhabis duit nak beli tilam baru. Tapi sedar yang tidur sudah tak selesa. Walaupun tidur dah lebih 6-8 jam, tapi rasa penat dan rasa tak cukup tidur. Bangun sahaja tidur sakit belakang, sakit tengkuk, sakit badan-badan.
Keadaan lagi teruk bila asyik bersin, hidung berair dan kulit makin sensitif. Ini mungkin disebabkan oleh hama habuk yang sedang membiak di tilam.
2. Gejala alahan pada hama habuk
Tilam yang telah membiak hama habuk akan memberikan gejala-gejala ringan seperti hidung berair, mata berair dan merah, bersin dan batuk. Malah untuk gejala yang teruk seperti kesukaran untuk bernafas. Hama habuk juga boleh menjadi penyebab utama kepada asma dan alahan.
3.Tilam sudah berusia
Tilam yang dah berusia lebih 7 tahun tu, tak tahulah berapa ribu koloni hama sedang membiak. Sekiranya, tilam anda bukan yang mesra anti hama. Lebih kepada tilam biasa yang cepat memerangkap haba dan kelembapan. Ini akan terukkan lagi keadaan. Gantikan dengan tilam Coway yang diperbuat daripada lateks yang kalis dengan serangan hama habuk malah kulat dan mikrob. Lateks juga lebih mudah bernafas daripada tilam biasa.
4.Tilam sudah berpeta
Tilam yang sudah berpeta iaitu tidak lagi putih bersih, ini juga petanda anda perlu menukar tilam Coway. Ada sesetengahnya menyelesaikan dengan mencuci dengan air (menggunakan peralatan), tapi ini bukan lah kaedah yang dinasihatkan oleh pakar. Hal ini kerana, apa sahaja air, akan membawa kepada kelembapan, mungkin d permukaan iatas tilam nampak bersih dan kering. Tetapi di dalam tilam ianya memerangkap sedikit air. Air ini akan membawa kelembapan dalam tilam, dan akan membiakkan hama juga. Hama juga boleh bergerak daripada tengah tilam ke kawasan luar tilam. Jadi kalau anda fikir luar tilam sudah berjaya di cuci, dan menghapuskan hama. Mungkin anda silap. Apa yang disarakan oleh pakar ialah mencuci tilam menggunakan vakum yang dilengkapi dengan HEPA filter.
5.Trigger Pesakit asma, resdung dan eczema-Atasi dengan kelebihan yang ada pada tilam Coway
Sekiranya anda atau keluarga sememangnya mempunyai penyakit seperti asma, resdung atau eczema. Dan penyakit ini kerap berulang banyak kali. Semak semula persekitaran rumah anda, adakah faktor tilam yang sudah membiak hama habuk sebagai puncanya. Ini adalah tanda-tanda anda perlu menukarkan tilam anda kepada yang tilam yang baru berteknologi tinggi.
Jom kita lihat pula kelebihan tilam Coway
Anti static dan Fabrik Bersifat Sejuk
Perasan tak kalau kita duduk di permukaan fabrik seperti tilam atau sofa, tempat duduk kita tu terasa panas. Tapi tidak dengan Coway, anda duduk lah lama macam mana pun. Sejuk sahaja. Sebab tilam Coway adalah Anti Statik dan Fabriknya mempunyai kuasa menyejuk. Tilam yang tidak memerangkap haba dan boleh kekal sejuk ini, untuk mengelakkan pembiakan hama.
Kelebihan Tilam Coway dengan Lima-Zone Natural Latex
Bukan sahajan boleh enyokong tubuh dan tulang belakang supaya anda tidak sakit-sakit belakang. Lateks juga membolehkan tilam bernafas (breathability) supaya sentiasa segar dan bersih. Ini akan mengelakkan hama dam kuman untuk membiak di tilam, hal ini kerana hama habuk tidak dapat membiak pada bahan yang diperbuat daripada lateks.
Foam
Meningkatkan peredaran udara antara lapisan bahan
Coconut Fibre
Untuk menyokong badan anda dan bertindak untuk menyerap kelembapan. Kalau Tilam tak lembap baru lah hama tidak dapat membiak.
7 Zone Packet Spring
Menyokong 7 zone utama pada badan supaya sentiap bahagian badan anda tidak rasa sakit-sakit apabila tidur. Teknologi tinggi dengan 7 Zone pocket spring direka khas untuk pelbagai bentuk , postur dan berat badan. Untuk mereka yang bersaiz kecil atau besar sekali pun tilam Coway ini sangat sesuai untuk anda.
Kelebihan tilam Coway dilengkapi Servis penjagaan berkala
Tilam yang di guanakan perlu lah dijaga. Dengan pembelian tilam Coway , tilam anda akan dijaga dengan rapi
Penukaran Topper Pada Tahun Ketiga
Untuk pelanggan yang membeli secara sewa beli, penukaran topper percuma pada tahun ketiga. Ini bagi memastikan tilam anda kekal bersih, dan mengelakkan pembiakan hama.