Mengapa perlu penapis air dirumah? Penting sangatkah penggunaan penapis air dalam kehidupan. Ramai orang ingin menjaga kesihatan diri, dengan mengambil makanan tambahan dan lain. Tetapi ada yang lupa bahawa keperluan air bersih adalah diantara paling utama untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kurang cakna tentang isu pentingnya memastikan air minuman bersih, menjadikan ramai di antara kita tidak kisah minum air yang berkarat, air yang dibeli di mesin yang tidak tahu mana sumbernya dan sebagaianya . Selain isu, kesihatan banyak lagi manfaat pentingnya menggunakan penapis air. Di sini Ummi ingin berkongsi Mengapa Anda Perlu Guna Penapis Air di rumah.
Antara sebab mengapa perlu penapis air dirumah
1.Faktor kesihatan dan tingkatkan kualiti air
Penapis air kini, sudah menjadi keperluan untuk kita memastikan mendapat bekalan air bersih. Ini kerana belum tentu air di rumah bersih sepenuhnya daripada pencemaran karat, logam berat, mikroorganisma, dan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Bahan cemar seperti karat, boleh dilihat dengan mata kasar. Namun, bahan cemar seperti mikroorganisma dan bahan organik tidak boleh dikesan melalui mata kasar, mahupun pancaindera manusia. Kita hanya boleh merasai kesan negatif ini, setelah bertahun-tahun lamanya.
Sebagai contoh sumber air yang hampir dengan dengan kawasan pertanian mungkin mengandungi bahan cemar organik berbahaya, kesan dari penggunaan racun perosak atau baja. Bahan kimia dari racun perosak dan baja ini di dalam sumber air, boleh meningkatkan risiko barah dan merosakkan organ-organ tubuh badan manusia. Masalah yang serupa juga boleh berlaku apabila sumber air, berhampiran dengan kawasan perindustrian. Kesan-kesan terhadap kesihatan minum, air yang tercemar seperti di jadual yang berikut.
Bahan cemar |
Kesan terhadap kesihatan
|
Ammonia | Iritasi kepada mata & hidung |
Aluminium | Beri kesan negatif pada pesakit dialisis |
Arsenik | Sangat beracun kepada manusia, masalah kulit yang teruk, menyebabkan kanser, merosakkan sistem nervous dan cardiovaskular |
Barium | Kesukaran bernafas, meningkatkan darah tinggi, kerosakan pada hati, dan ginjal |
Boran | Kegagalan buah pinggang |
Klorin | Toksik kepada manusia |
Kromium | Kerosakan buah pinggang |
Kadmium | Kesan jangka pendek- pening, muntah-muntah, cirit birit
Kesan jangka Panjang- rosak hati, ginjal dan tukang |
Kuprum | Membawa kepada anemia, kerosakan hati dan ginjal |
fluoride | Sekiranya berlebihan daripada > 4mg/L mengakibatkan fluorosis rangka |
Plumbum | Kanak-kanak lebih berisiko tinggi, mengurangkan kecerdasan otak dan perkembangan kanak-kanak
Merosakkan otak, ginjal tulang dan sistem saraf |
Nikel | Kanser paru-paru dan hidung |
Nitrat | Kanser |
Silver | Argyria- perubahan warna kulit, kuku |
Natrium | Darah tinggi |
Bakteria, Virus & protozoa | Beri kesan negative kepada kesihatan |
Rujukan: WQA
Air ialah antara sumber utama untuk kita terus kekal hidup. Jadi kita perlulah memastikan sumber air ini tidak tercemar daripada bahan-bahan yang sepatutnya. Dan kita sedia maklum pencemaran air kerap berlaku di negara, dan hal ini pastinya sedikit sebanyak akan menganggu sistem air minuman kita. Sumber minuman kita pula berkait rapat dengan pencemaran sungai. Kalau sungai tercemar, tercemar lah air minuman kita. Ini kerana, 98% punca air minuman datangnya daripada sumber sungai [1]. Jika kita boleh lihat dalam rajah di bawah peningkatan pencemaran sungai semakin significant di dalam negara kita.
2. Mudah dan cepat
Tak perlu lagi nak masak air, simpan air dalam botol. Simpan dalam peti ais untuk dapatkan air sejuk. Ini boleh mudahkan tugas anda sebagai isteri, jadi anda boleh ada lebih masa untuk keluarga dan suami. Ada pula, yang tak suka rasa air paip. Perlu beli berbotol-botol air mineral. Ini akan menjadikan kos yang lebih tinggi dari guna penapis air.
Pendek kata JIMAT MASA DAN JIMAT TENAGA. Nak pula masa itu kan EMAS. Guna masa yang lebih untuk keluarga dan mencari rezeki dengan lebih efisien.
3. Kemas
Anda perasan tak simpan air botol banyak-banyak ini, membuatkan dapur kurang kemas. Peti ais pun ruang makin sempit, sebab terpaksa simpan botol air untuk dapatkan air sejuk.
4. Rumah baru
Kalau anda nak masuk rumah baru ini, wajib pakai penapis rumah. Barulah rumah nampak kemas elegant dan teratur. Tak perlu lagi botol-botol yang banyak hanya untuk menyimpan air minuman. Banyak botal air juga boleh merimaskan pandangan
5. Jimat
Daripada anda beli air mineral berkotak-kotak sebulan, lebih baik guna penapis air murah Coway. Penapis air murah Coway ada yang serendah RM 65 sahaja sebulan. Bahkan perspektif jimat ini juga, boleh dinilai dari sudut kesihatan. Dengan kualiti air yang lebih baik, kurangnya risiko untuk anda sekeluarga mendapat penyakit-penyakit yang merbahaya. JIMAT KOS UNTUK RAWAT KESIHATAN
Tips Penting Pilih Produk Penapis Air
Setelah kita mengetahui mengapa perlu dan kepentingan penapis air, mungkin anda mula terfikir-fikir mahu menggunakan penapis air. Dan mula mencari atau merisik jenama dan produk-produk penapis air yang ada di pasaran. Di sini Ummi ingin kongsikan tips penting pilih produk penapis air untuk rujukan dan timbangan anda.
1.Status halal
Bagi umat Islam, status halal adalah kriteria yang paling penting. Tidak guna sehebat mana pun penapis air itu menapis air, jika tidak halal tiada gunanya. Jangan terkejut dan main beli sahaja penapis air di pasaran kerana banyak penapis air terutamanya yang dijual murah diragui status halalnya. Sebagai umat Islam Mencari Yang Halal Adalah Suatu Kewajipan. Di mana, Isu status mengenai halal di pandang berat oleh masyarakat Islam kita. Sehebat atau semurah mana pun produk tiada gunanya jika ianya meragukan.
‘’SEKURANG-KURANGNYA 120 jenama penapis air yang diragui status halalnya berada di pasaran dan dijual pada harga murah berbanding penapis berjenama, menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran’’-Harian Metro
Untuk penapis air coway tidak perlu anda risau. Coway mendapatkan pengiktirafan atau sijil HALAL sejak 2016 lagi dan sehingga diperbaharui setiap tahun dan sehingga sekarang. Untuk maklumat stsatus Halal, perlu diperbarui ya. Ini untuk memastikan penapis yang diberi pensijilan sentiasa terjamin HALAL nya. Bahkan coway adalah syarikat pertama untuk penapis air yang mempunyai sijil HALAL.
TIDAK DIRAGUI LAGI PENAPIS AIR COWAY, BOLEH GUNA TANPA RASA WAS-WAS
2. Harga
Harga di antara yang menjadi “survey yang utama bagi pihak pelanggan”. Sememangnya penting kerana ia melibatkan komitmen yang panjang sekiranya membeli dengan cara SEWA BELI. Nak guna pun bukan sebulan dua. Anda perlu pastikan kadar harga dengan tempoh kontrak. Mungkin anda dapat harga yang jauh lebih murah, tapi selalunya akan kontrak yang lebih panjang. Bagi Ummi kontrak yang panjang bukan lah satu isu yang besar. Mungkin peruntukan kita hanya sekitar RM 70 ke bawah sebulan, dan matlamat kita pula hanya ingin dapatkan air yang bersih. Tidak kisah dengan design, ataupun saiz tangki. Asalkan mempunyai tiga suhu juga, supaya sedikit sebanyak beban kerja rumah dapat dikurangkan. Apa yang menjadi isu bagi Ummi , adakah penapis air tersebut sememangnya berkualiti? Adakah air yang ditapis sememangnya bersih daripada bahan tercemar? Bagaimanapula servis, penukaran filter dan warranty. Adakah akan datang dengan disiplin dirumah anda?
3. Kualiti produk
Secara saintifik kualiti sesuatu produk boleh ditentukan dengan pengiktrafan atau sijil yang diberi oleh badan professional. Contohnya nak beli barang elektrik, mesti ada cop “SIRIM”. Untuk halal pula mestilah ada status JAKIM. Bila ada status ini, kita sebagai pengguna akan lebih yakin membelinya tanpa peraşaan ragu-ragu.
Bagaimana pula dengan penapis air? Adakah penapis air yang kita gunakan bebas daripada pencemaran atau hanya membersihkan karat sahaja. Jadi PENTING kita semak terlebih dahulu produk yang ingin digunakan.
Coway telah mendapatkan pengiktirafan daripada WQA (Water Quality Association, USA). Dimana, WQA menawarkan kaedah saintifik untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan sesuatu peranti atau produk yang merawat air.
Sudah terang lagi bersuluh kualiti produk coway, bukannya diiktiraf oleh jurujual MR. A tetapi diiktiraf oleh WATER QUALITY ASSOCIATION, USA.
4. Jenama
Pemilihan jenama juga penting ketika memilih sesuatu produk. Jenama yang sudah stabil bukan sahaja stabil dari segi kualiti produk, tetapi dalam pengurusan. Ini akan memudahkan anda untuk mendapatkan perkhidmatan dengan segera sekiranya anda mempunyai apa sahaja masalah mengenai produk yang digunakan.
5. Apa yang anda dapat selepas jualan?
Semak apa manfaat yang anda perolehi selepas membeli penapis air. Yang murah sangat tu, kebanyakkannya anda lah sendiri yang kena tukar filter, cari filter, rosak pun kena baiki sendiri. Kalau nasib tak baik, ada sesetengah syarikat penapis air yang sudah menamatkan operasinya. Satu hal pula anda nak mencari jenis filter keluaran syarikat tersebut di pasaran. Itu salah satu pentingnya cari yang mencari syarikat atau jenama yang sudah stabil.
InsyaALLAH anda tidak akan mengalami masalah ini sekiranya memilih penapis air Coway, banyak lagi kelebihan penapis air Coway berbanding jenama lain.
6. Ejen yang CEMERLANG
Ejen yang cemerlang akan jujur dan membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat. Bukan hanya niat untuk menjual tetapi untuk memberi yang terbaik dan memberi konsultasi yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Ummi ingin kongsikan tips-tips penting pilih produk penapis air untuk anda mudah buat pilihan. Malah sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah mengenai produk pada masa hadapan, ejen jualan juga akan membantu untuk menyelesaikannya. Di Coway bukan sahaja mengeluarkan produk penapis air yang berkualiti, malah anda juga boleh mempertimbangkan menggunakan penapis udara. Terutamanya bagi mereka yamg mempunyai masalah kesihatan seperti sensitif pada habuk dan cepat jatuh sakit. Jom baca artikel ini Mengapa Perlu Penapis Udara Coway.
Kesimpulan
Banyak manfaat yang kita boleh perolehi sekiranya menggunakan penapis air. Bukan sahaja dapat air bersih tetapi pengunaan penapis air sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kerja rumah dan menjadikan rumah anda lebih tersusun dan kemas. Apanila kehidupan kita dimudahkan, kita akan lebih fokus kepada kerja-kerja pejabat dan dapat lebih fokus kepada anak-anak dan keluarga. Sekaligus akan melahirkan perasaan tenang dan gembira dengan kehidupan yang dijalani.
Rujukan
[1]Huang, Y. F., Ang, S. Y., Lee, K.M. Quality of water resources in Malaysia, in: T. S. Lee (Ed), Research and Practices in Water Quality. IntechOpen, London 2015.
[2] Goi, C. L. 2020. The river water quality before and during the Movement Control Order (MCO) in Malaysia. Case studies in Chemical and Environmental Engineering. 100027.
Sekiranya anda ingin mendapatkan konsultasi mengenai penapis air, mahupun penapis udara. Boleh hubungi Ummi terus di talian 019-555 1448, Ummi sedia membantu dan memberi perkhidmatan yang cepat, mudah dan terjaga.