Mengapa perlu penapis udara? Penting sangat ke penggunaan penapis udara dalam kehidupan seharian kita. Penapis udara sudah menjadi keperluan untuk menjamin kesihatan keluarga yang lebih baik. Malah kajian juga menunjukkan pencemaran udara di dalam rumah boleh menyumbang kepada risiko kepada permasalahan kesihatan [1].
Ini sebab utama mengapa perlu penapis udara kerana kesan pencemaran “indoor air” terhadap kesihatan seperti
- Â Iritasi kepada mata, hidung dan tekak
- Â Pening kepala dan lesu
- Pernyakit berkait dengan pernafasan dan hati,
- kanser
- Strok
Mengapa perlu menggunakan penapis udara dirumah atau pejabat?
1.UDARA DI TEMPAT TERTUTUP LEBIH TERCEMAR
Ramai yang rasa udara di dalam rumah adalah lebih bersih daripada udara di luar. Namun kajian menunjukkan sebaliknya, di mana udara di dalam rumah, ataupun di ruang yang tertutup boleh lebih tercemar berbanding udara di luar. Sumber pencemaran udara di dalam rumah di antaranya disebabkan pembakaran minyak, gas, kerosene, arang, kayu, tembakau, asbestos, karpet,  pembersihan. Juga berpunca dari pencemaran luar yang akhirnya terperangkap di dalam rumah seperti radon, pesticides, asap kereta dan sebagainya. Pencemaran udara di dalam rumah disebabkan oleh pelbagai gas merbahaya seperti (radon, volatile organic material, tembakau) dan pencemaran biologi seperti kulat, bakteria dań virus.
Indoor air quality (IAQ) atau kualiti udara di dalam rumah ditentukan oleh jumlah particulate matter (PM)/bahan zarah  yang terampai di dalam udara. Bahan zarah ini di dalam bentuk pepejal atau cecair.  Di mana partikel yang bersaiz < 10 μm  (PM10), boleh disedut dan partikel yang lebih kecil  < 2.5 μm (PM2.5) boleh memasuki ruang alveoli sekaligus akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan (Diette et al., 2008).
- PM10Â : Â partikel yang boleh disedut bersaiz di antara 10 micrometer atau lebih kecil
- PM2.5Â : partikel yang boleh disedut bersaiz 2.5 micrometer atau lebih kecil
Rujukan: https://www.epa.gov/pm-pollution/particulate-matter-pm-basics
Sedar tentang bahaya pencemaran udara di dalam rumah atau ruang yang tertutup, pihak Coway juga memberi sumbangan penapis udara kepada Rumah Ronald McDonald. Pihak Coway, sentiasa prihatin dengan kesulitan yang dialami oleh rakyat Malaysia. Ini adalah satu sebab mengapa Ummi memilih produk Coway berbanding jenama lain.
2.Mengapa perlu penapis udara salah satunya sebab status kesihatan diri dan keluarga
Adakah anda atau salah seorang daripada keluarga kerap mengalami masalah kesihatan seperti asman, resdung , kerap selsema dan cepat jatuh sakit. Sekiranya anak kecil anda juga kerap mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan kuman pada paru-paru, penggunaan penapis udara boleh menjadi salah satu usaha untuk mengurangkannya.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan pernafasan juga boleh mencuba menggunakan penapis udara kerana ia sangat membantu untuk mengurangkan gejala-gejala penyakit tersebut. Lebih-lebih kebanyakan penyakit seperti resdung, asma, mahupun jangkitan kuman pada paru-paru akibat daripada habuk, hama dan pencemaran udara.
3. Bela binatang peliharaan
Di antara salah satu sebab utama mengapa perlu penapis udara ialah bagi mereka yang bela binatang peliharaan seperti kucing disarankan menggunakan penapis udara. Nak pula kucing ini bukan sehari dua hidup bersama. Adakalah bertahun-tahun lamanya. Bayangkan kita terpaksa hidup dengan pencemaran bulu kucing yang akan meningkatkan gejala resdung dan juga asma.
4.Merokok
Asap rokok boleh memberi kesan negatif kepada orang sekitarnya. Lebih baik berhenti terus untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga. Tapi nak suruh orang berhenti tu lah yang sukar. Nak tak nak kita perlulah memikirkkan alternatif lain. Contohnya menggunakan penapis udara untuk minimumkan pencemaran asap rokok di rumah.
5.Mengurankan risiko penyakit bawaan udara
Dengan penggunaan penapis udara, juga boleh mengurangkan risiko penyakit berjangkit bawaan udara. Lebih-lebih lagi dengan musim covid ini.
Sekiranya anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai penapis udara Coway. Boleh Klik link ini atau hubungi terus Ummi Coway untuk konsultasi untuk penapis udara, mahupun penapis air
Rujukan
[1] https://www.epa.gov/report-environment/indoor-air-quality
[2] https://medic.upm.edu.my/health_infographics/indoor_air_quality-12815