Atasi pencemaran Sungai Muda, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa bertindak segera membersihkan Sungai Muda dekat Permatang Bendahari di daerah Seberang Perai Utara (SPU) yang tercemar dengan sisa buangan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), ketika membuat gesaan itu merasa kesal kerana pencemaran itu berlaku di Sungai Muda yang menjadi sumber utama bekalan air bagi kegunaan penduduk di Kedah dan Pulau Pinang
Tinjaun CAP banyak mendapati timbunan bahan terutamnay bekas plastik di permukaan sungai. Sekaligus menyebabkan persekitaran sumber air berkenaan kelihatan kotor, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader
Jika keadaan itu berterusan ia bukan sahaja menjejaskan kualiti air sungai tetapi juga menjadi tempat nyamuk membiak dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit.
Sungguh merisaukan sekiranya bahan buangan itu mengandungi toksik, ia pasti memberi kesan lebih buruk ke atas alam sekitar, hidupan sungai, laut dan kesihatan manusia.
Menurut CAP lagi, bahawa mereka percaya jika bahan buangan ini dibiarkan ia akan turut mencemarkan pantai dan laut berhampiran, sekaligus menganggu aktiviti nelayan serta menjejaskan mata pencarian mereka. Pihak bertanggungjawab perlulah menjalankan siasatan dan memberi perhatian serius terhadap masalah berkenaa. Malah perlu mengambil tindakan tegas supaya kejadian yang sama tidak berulang.
Pemantauan yang berterusan juga perlu untuk mengatasi masalah pencemaran di Sungai Muda ini dan tindakan undang-undang yang tegas tanpa memberi pertimbangan kepada mereka yang melanggar peraturan termaktub mengikut akta sedia ada. Bahan buangan perlu dilupuskan di kawasan selamat supaya tidak memberi ancaman ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan.
Sumber: Berita Harian
Untuk maklumat Sungai Muda adalah sungai yang terpanjang di Kedah dan membekalkan sumber air utama kepada rakyat Kedah dan Pulau Pinang. Oleh itu, jangan di pandang enteng dengan kegunaan penapis air. Ini bukan sebab utama malas masak air tetapi yang paling penting ialah kebersihan air yang kita minum. Tak perlu masak air atau dapur lebih kemas boleh dianggap sebagai bonus untuk memudahkan tugas kerja rumah anda. Kes pencemaran sungai yang kerap berlaku di Malaysia adalah salah satu faktor mengapa anda perlu guna penapis air dirumah. Coway sebagai peneraju kepada penapis air untuk membekalkan air bersih mempunyai pelbagai jenis model yang boleh dipilih oleh anda.