Bagaimana cara tamatkan kontrak produk Coway sebelum tamat tempoh kontrak. Ada sesiapa yang mengalami masalah macam ni? Normal sahaja masalah ini. Biasalah, ada sesetengah yang akan bosan dengan produk yang mereka sedang pakai. BUKAN SEBAB TAK BAGUS YA. Tapi lumrah hidup manusia yang suka update dan upgrade barang ikut peredaran zaman. Ada juga mereka yang semakin stabil dan mempunyai kewangan yang semakin kukuh, dan ingin upgrade kepada produk yang lebih “up to date” dan moden. Contohnya penapis air yang boleh menghasilkan ais. Sekali sekala ada juga client yang punyai masalah seperti ini. Kalau mereka, yang punyai masalah pastinya akan di bantu dengan cepat dan pantas.
Ala, bosan pula pakai Villaem nie, rasa nk upgrade kepada Lucy pula. Senang lagi kerja rumah, zasss siap Teh O ais. Dah lah aku sekeluarg suka minimun berais. Sejuk je tak cukup pula. Plus sekarang ekonomi keluarga dah makin stabil. Nak upgrade lah- Client A
Jadi apa perlu dibuat untuk tamatkan kontrak produk coway lebih awal?
Bagaimana cara tamatkan kontrak produk Coway, anda perlu pastikan anda memenuhi syarat-syarat seperti
1. Pastikan tiada tunggakan bayaran
Perkara pertama sekali anda perlu semak untuk tamatkan kontrak produk Coway ialah semak Anda perlu menyemak dan memastikan tiada bayaran tertunggak untuk memastikan dapat menamatkan kontrak produk secara mudah dan cepat. Kalau nak tamat, nak tak nak perlu menyelesaikan bayaran tunggakan terlebih dahulu.
2. Cara tamatkan produk Coway salah satu kriteria ialah minimum kontrak tiga tahun
Kebanyakkan produk coway mempunyai minimum kontrak selama tiga tahun. Maksudnya anda perlu menggunakan produk ini sekurang-kurangnya tiga tahun, untuk menamatkan kontrak. Kalau guna 2-3 bulan sudah dah tukar “ Menangis Coway, gulung tikar”. Sebab itulah pentingnya minimum kontrak. Jadi sebelum nak guna produk, pastikan anda memilih produk yang bersesuaian dengan budget dan kehendak diri dan keluarga. Dapatkan bantuan perundingan dengan agen coway!!!
Tidak cukup minimum kontrak tapi masih nak tamatkan kontrak
Apa jadi sekiranya anda tidak cukup minimum kontrak tetapi masih nak tamatkan kontrak produk Coway
Perlu bayar PENALTY.
1. Isi borong “rental termination”
Borang boleh diambil daripada agen anda atau lady servis coway.
2. Bayar penalti
Sekiranya anda masih ingin menamatkan kontrak dari tempoh yang sepatutnya, pembayaran penalti akan dikenakan.