Hama habuk atau boleh dikenali sebagai dust mite adalah haiwan yang sangat kecil, seakan-akan serangga dan tidak boleh dilihat dengan kasar yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia terdiri daripada kumpulan arachnid yang terdapat di dalam habuk rumah.
Punca Makanan dan Habitat Hama Habuk
Punca makanan hama habuk adalah daripada kulit mati manusia. Di mana sel kulit manusia akan mati dan tertanggal secara sendirinya pada setiap hari. Sel-sel mati manusia yang terkumpul dalam masa tiga hari mampu membekalkan makanan kepada 100, 000 hama habuk bagi tempoh 6 bulan. Ia juga suka kawasan yang lembap. Hama habuk bukan lah boleh minum air seperti kucing atau haiwan yang lain, tetapi ia boleh menyerap kelembapan daripada udara untuk kekal hidup.
Jadi cuba teka di mana tempat yang paling banyak terkumpulnya sel-sel kulit mati manusia? Paling banyak mestilah di tempat tidur. Ini kerana kita tidur secara puratanya 8 jam sehari di tilam. Dan bahan-bahan yang dikeluarkan melalui proses perpeluhan dan sisik kulit, iaitu sel-sel mati yang menjadi sumber utama makanan bagi hama. Ia juga mempunyai kuku yang tajam bagi membolehkan ia mencengkam dengan kuat untuk bertaut pada tilam, bantal atau lain-lain.
Jangan terkejut, jika hama habuk ini juga boleh bertelur dan mengeluarkan najis. Najisnya mengandungi bakteria dan enzim dan secara perlahan-lahan terkumpul dan menjadi habuk halus yang bertaburan di tilam dan berterbangan dalam rumah.
Kesan Hama Habuk Terhadap Kesihatan
Hama habuk adalah punca utama menjadi penyebab ataupun trigger untuk pesakit asma dan rhinitis (kerap dikenali sebagai resdung). Hama habuk jugak boleh menjadi penyebab kepada serangan asma kepada yang dewasa mahupun kanak-kanak. Malah, ekstrak yang dihasilkan oleh hama habik menyebabkan tindak balas sensitif yang cepat pada kulit manusia.
Gejala ringan
- hidung berair
- mata berair
- bersin
Gejala lebih teruk
- kerap bersin dan batuk
- sesak nafas
- terasa tekanan pada muka (facial pressure)
- Serangan asma
Tips Kurangkan Hama Habuk Di Rumah
Jom ikuti tips kurangkan hama di rumah supaya kesihatan anda sekeluarga lebih terjamin
Kurangkan kelembapan
Kelembapan boleh dikurangkan dengan penggunaan aircond/penghawa dingin dalam rumah atau bilik. Ini kerana penghawa dingin boleh mengeringkan udara dalam rumah
Pendedahan Cahaya Matahari
Kaedah pendedahan terus kepada matahari boleh mengurankan hama pada sesuatu tempat. Ini lah sebab mengapa nenek moyang kita, suka menyidai tilam di luar rumah. Malah amalan membuka tingkap bagi membolehkan cahaya matahari masuk ke kawasan kediaman, boleh mengurankan pembiakan di rumah.
Penulen Udara atau Penapis Udara
Penggunaan penapis udara yang dilengkapi dengan HEPA filter juga membantu mengurangkan hama habuk rumah dan habuk-habuk halus.
Kurangkan penggunaan karpet
Karpet juga boleh menjadi tempat pembiakan. Anda boleh kurangkan penggunaanya atau guna vakum yang dilengkapi dengan HEPA filter untuk menyingkirkannya.
Pembersihan Berkala
Gunakan vakum yang dilengkapi HEPA filter untuk membersihkan habuk secara berkala. Cuci dan basuh cadar, selimut, sarung bantal dengan air panas (54.4 darjah celcius) untuk membunuh dan menghilangkan allergen.
Semak Keadaan Tilam
Jom semak keadaan tilam anda. Adakah tilam anda penuh hama dan bakteria. Kalau banyak kurangnya cuba lah Tilam Coway yang berkualiti tinggi.
a) Usia tilam
Cuba semak kondisi tilam anda, adakah anda sudah lebih 7 tahun menggunakannya tanpa pernah dibersihkan. Di sarankan oleh pakar menggunakan vakum yang dilengkapi dengan HEPA filter untuk pembersihan tilam dan sebagainya
b)Tilam Hypoallergenic
Tilam hypoallergenic diperbuat daripada lateks sukar diserang oleh hama habuk, kulat mahupun microbe. Lateks juga lebih bernafas berbanding tilam tradisional yang memerangkap haba. Semakin sejuk tilam, semakin kurang pembiakannya. Ciri-ciri ini terdapat pada tilam Coway, di mana diperbuat daripada lateks dan mempunyai fabrik bersifat sejuk dan dapat membebaskan haba ke persekitaran.
Bukan itu sahaja tilam Coway juga dilengkapi dengan servis premium penjagaan tilam coway setiap 4 bulan untuk memastikan tiada pembiakan hama habuk di tilam anda. Servis penjagaan ini dilengkapi dengan alat berteknologi tinggi sepert vakum yang dilengkapi dengan HEPA filter.
RUJUKAN
- Sporik. R. Holgate, S.T., Platts-Mills, T. A., Cogswell, J. J. Exposure to house-dust mite allergen (Der p I) and the development of asthma in childhood. A prospective study, 323 N Engl J Med. 1990; 23 (8): 502-507, 2.
- https://www.majalahsains.com/hama-habuk-rumah-sebagai-penyebab-alergi/
- https://www.lung.org/clean-air/at-home/indoor-air-pollutants/dust-mites
- https://www.mattressadvisor.com/best-hypoallergenic-mattress/