Penapis Air Kecil Coway, kecil tetapi pintar. Itu yang dapat digambarkan mengenai penapis air Kecil Coway yang dicipta khas dengan teknologi moden dan bersaiz kecil untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia. Dengan rekaan yang “slim” dan kecil sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang yang terhad dan suka pada konsep minimalist. Walaupun kecil, penapis air ini mempunyai pelbagai tetapan suhu dan isipadu. Ini menjadikan ianya sempurna, untuk anda sekeluarga.
PEMASANGAN PERCUMA
LENGKAP DENGAN SERVIS DAN WARRANTY
RM200 DISKAUN
Kapasiti tangki: 1.35 Liter
Pelbagai tetapan suhu : 4 suhu Panas| Suam| Ambien| Sejuk
Pelbagai tetapan isipadu: 250, 500, 1000 L, continuous
Belian Terus: RM 3590 termasuk servis satu tahun PERCUMA
Sewa Beli: Serendah RM77/bulanan servis percuma 7 tahun PERCUMA
Kelebihan Penapis Air Kecil Coway
1.Minimalist konsep, kelebihan utama penapis air Kecil
Gaya hidup moden selalu dikaitkan dengan konsep minimalist. Dengan konsep “Less is more”, sememangnya kecil memenuhi dengan gaya konsep ini. Sesuai dengan namanya “Kecil” yang hanya mempunyai lebar sebanyak 7inch, menjadikan ianya sesuai untuk mana-mana ruang di dapur anda. Nak pula kalau ruang dapur anda jenis yang ruangmya terhad.
2. Moden dan design mewah
Walaupun saiznya kecil, tetapi penapis air ini menggunakan teknologi yang model yang dilengkapu fungsi-pengekstrakkan atau penapisan air dengan hanya satu sentuhan yang berinovasi
Infinite flow at one touch, Penapis Air Kecil Coway
Walaupun saiz tangki Kecil, lebih kecil berbanding penapis air Coway seperti Villaem, Neo dan Ombak. Tetapi dengan teknologi ini, anda boleh menikmati air yang keluar dengan tempoh masa hampir 0 saat. Laju bukan? Air yang dibersihkan sudah pasti bersih dan boleh terus diminum.
Salah satu kelebihan kawalan digital, automatik sesuatu design itu akan kelihatan lebih kemas, terletak dengan rapi dan sekaligus nampak lebih mewah.
Nak pula dengan “Slim” design menjadi ianya lebih menawan dan letak kat mana-mana ruang dapur anda pasti muat.
3. Ringan
Bila sesuatu produk ini ringan, maksudnya anda boleh letak dimana-mana sahaja. Tak perlu kabinet dapur yang beriya pun. Ringan sahaja, 10 kg sahaja
4. Pelbagai tetapan suhu dan isipadu
a) Tetapan suhu untuk dipilih, dengan penapis air Kecil
Mempunyai 5 jenis suhu yang boleh dipilih. Direka sesuai untuk buat air KOPI, TEH, SUSU BAYI, SEJUK dan BIASA. Tetapan suhu yang pelbagai ini lengkap untuk pelbagai cita rasa keluarga dirumah. Kalau ada bayi atau anak kecil yang masih menyusu, memang tugas buat susu ini dapat dilakukan dengan sangat mudah dan cepat. Anak tak sempat menangis lagi, susu dah siap tersedia.
- Susu bayi: 40-50 Celcius
- Kopi: 80-85 Celcius
- Teh: 65-75 Celcius
- Ambien (Suhu bilik)
- Air sejuk
- Panas: 90-97 Celcius
b) Tetapan isipadu
KECIL juga mempunyai tetapan isipadu yang boleh dipilih. Anda boleh pilih kuantiti air yang diperlukan. Kecil mempunyai 4 tetapan isipadu air iaitu
- 250 ml
- 500 ml
- 1000 ml
- Continuous (secara berterusan)
5. “Digital touch extraction” lagi satu kelebihan yang menarik untuk penapis air Kecil
Zaman sekarang, banyak yang suka pada kawalan digital. “Tekan-tekan sahaja” . Hanya perlu tekan “button” untuk dapatkan air minuman anda!!!!
6.Child safety lock
Yang ini memang wajib ada, supaya tidak lah anak kecil anda terkena air panas. Coway sangat prihatin dengan keselamatan pengguna. Oleh itu, ciri-ciri keselamatan ini sentiasa ada pada setiap model penapis air.
Spesifikasi Lengkap Penapis Air Kecil
- Kapasiti: Suhu biasa, aliran terus| Sejuk 1.35 | Panas Instant
- Tapisan: Nanotrap dan Plus Inno-sense (D) (Post-Carbon + Fine)
- Dimensi (W x D x H): 180 x 440 x 442 mm
- Penggunaan tenaga: Heater 2230-2720W
- Berat: 10 kg
Spesifikasi Lengkap Kecil Coway dalam bentuk jadual
Model | KECIL (CHP-6200N) |
Warna | Sago Beige |
Kaedah Penapisan | Nanotrap |
Kapasiti Tangki | Direct Flow Ambient Water 1.35 Litres Cold Water Instant Hot Water |
Filters / Penapis | Nanotrap
Plus Inno-sense (D) (Post-Carbon + Fine) |
Tenaga Digunakan/ Power Consumption | Heater 2230-2720W Compressor 0.5A |
Dimensi / Dimensions (W x D x H) | 180 x 440 x 442 mm |
Berat Bersih / Net Weight | 10 kg |
Kesimpulan
“Kecil-kecil cili padi”, perumpaan yang tepat untuk penapis air ini. Walaupun saiznya kecil tetapi mempunyai pelbagai kelebihan dengan design yang “slim”, moden dan nampak mewah. Pemilihan penapis ini tepat bagi mereka yang suka akan konsep minimalist dan moden.
2 Responses
Dah pakai model ni mmg terbaik. Best sbb saiz kecik ngam x mkn ruang.
Eh lupa nk ckp yg sebelum ni pki brand lg satu tp bila pakai yg coway punya mmg rasa air dia lg kena selera tekak hehe. Drop komen sbb puas hati servis coway n agent ummi habibah