Air paip berbau najis mendatangkan kerisauan kepada penduduk Papar yang berlaku sejak semalam lagi. Gangguan masalah air paip ini berbau busuk dan hanyir seperti najis.
Bekalan air paip di rumah saya mula mengeluarkan bau busuk pada 1 pagi hari ini. Saya mula perasaan air paip di rumah berbau busuk walaupun pada semalam ada menerima notis daripada Jabatan Air Negeri Sabah mengenai pencemaran bau pada air mentah- Penduduk Papar Nurazleen Ali Zaini.
Tambahan beliau lagi, kebelakangan ini terdapat banyak masalah seperti ketiadaan air yang timbul membuatkan kami berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air untuk mandi, memasak dan melakukan aktiviti harian. Malah, bekalan air meneral di dalam botol disini juga sudah habis di kebanyakam kedai disebabkan ketiadaan air. Penduduk berharap agar pihak berkuasa dapat mengatasi masalah ini dengan secepat yang mungkin.
Menurut seorang lagi penduduk, Mohd Yatim Naming, 29 berkata dia menyedari air paip di rumahnya berbau busuk seperti najis dan bekalan air paip juga menjadi perlahan sejak 6 petang semalam. Kakak saya yang kebetulan sedang membasuh pinggan, pada mulanya beranggapan bau itu berpunca dari air kencing kucing di sinki dapur tetapi anggapannya meleset setelah sedar dan mendapati ramai orang yang menhadu perkara yang sama di media sosial, barulah saya tahu itu berpunya dari bekalan air paip.
“Disebabkan itu, kami juga ragu-ragu dengan tahap kebersihan air paip terutamanya untuk kegunaan minum, mandi dan juga mengambil air wuduk,” Penduduk Papar, Mohd Yatim Naming
Sementara itu, Pegawai Daerah Papar Hadzlan Jablee ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima pengesahan dari JANS masalah terbabit berpunca dari sisa buangan haiwan ternakan yang dilepaskan dari ladang ternakan ayam. Menurutnya, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut untuk mencari ladang ternakan ayam yang bertanggungjawab membuang sisa buangan haiwan ternakan ke sungai berdekatan. Beliau juga berkata, dipercayai ladang ternakan ayam terbabit mengambil peluang membuang sisa buangan haiwan ternakan ke sungai berikutan hujan lebat semalam.
“Esok pihak kami akan mengadakan mesyuarat bersama jabatan dan agensi berkaitan bagi menyiasat secara lanjut mengenai perkara terbabit. Pihak kami juga sudah berbincang dengan pihak JANS dan mereka sudah melakukan untuk proses ‘flushing’ di Stesen Air Kinarut bagi memulihkan bau air tersebut. Dijangkakan bau air terbabit akan pulih pada petang ini,” katanya ketika dihubungi.
Sumber: Harian Metro
Inilah antara sebab mengapa Ummi selalu menekankan penggunaan penapis air. Sanggupkah anda minum air sseperti ini yang berbau dan tercemar. Rata-rata kebanyakan air bekalan juga mempunyai masalah air berkarat yang kerap dan dengan warna yang pekat. Hal ini kerana, salah satu pun kondisi paip pembentungan yang sudah lama dan berkarat. Klik di sini untuk tahu lebih lanjut Mengapa perlu penapis air di rumah.
Di Coway banyak pilihan penapis air yang boleh anda pilih dan buat pertimbangan mengikut kesesuain dan keperluan anda sekeluarga. Contohnya seperti penapis air Villaem II dan penapis air Ombak.