Kesan habuk terhadap resdung dipandang remeh oleh masyarakat kita. Walaupun ia mengganggu kualiti kehidupan seperti kerap bersin, hidung tersumbat dan sukar untuk tidur. Bukan skadar beberapa hari, tetapi ada yang hidup dengan keadaan ini untuk bertahun lamanya.
Kesan habuk terhadap resdung akan menjadikan berlaku keradangan membran nasal (hidung) yang menyebabkan
- kerap bersin
- hidung berair
- hidung tersumbat
- gatal hidung
Jika tidak dirawat akan membawa kepada resdung atau keradangan sinus yang menyebabkan sakit di bahagian mata, belakang mata, sakit muka dan kepala apabila bersujud, kerap demam, deria bau juga akan terganggu. Di mana, resdung berlaku apabila ronda kosong yang terdapat pada tengkorak kepala, tersumbat dipenuhi lendiran kuning atau kuning kehijauan dan akhirnya akan mengganggu saluran penafasan.
Oleh sebab itu, jangan dibiarkan gejala ini berlarutan. Mengikut Pakar Perunding Otorinolaringologi HUSM, Prof Madya Dr Rosdan jika gejala alahan rhinitis jika berlarutan dalam tempoh lima Hari atau seminggu, pesakit perlu mendapatkan rawatan. Hal Ini kerana bagi mengelak ia merebak menjadi resdung.
Malah menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) yang juga Pakar Kepala dan Leher Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Kong Min Han, resdung yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan jangkitan serius kepada penghidapnya.
Risiko jangkitan resdung yang serius boleh merebak ke otak dan menyebabkan sawan, keradangan otak dan akhirnya membawa maut
Kesan habuk terhadap resdung Cara Atasi Resdung
- Rawatan segera: Berjumpa doktor untuk data nasihat seperti pemberian antibiotik, semburan steroid dan ubat titis hidung
- Elakkan atau minumumkan punca-punca yang menyebabkan resdung.
Salah satu punca resdung adalah HABUK. Kita pun tahu bukan senang nak minimumkan habuk dirumah. Lap setiap hari, sapu sampah tiap hari, masih juga berhabuk. Habuk di negara kita kebanyakkan berpunca hama Dermatophagoides pteronyssinus (DP) dan Dermatophagoides farinae (DF). Tiap hari mengelap perkakas rumah, tiap hari menyapu, tiap hari juga mop lantai. Namun, habuk tetap ada. Dari mana datangnya habuk yang tak habis-habis ada walaupun membersih berkali-kali.
Bagaimana Habuk Boleh Terhasil Di Dalam Rumah
- Polen, tanah dan bahan partikel-
- Hama habuk- boleh menyebabkan radang rhinitis, pencetus kepada gejala asma [3-4]
- penggunaan karpet berbulu- boleh merangkap habuk, malah susah dicuci menyebabkan karpet dibersihkan dengan jarang sekali
- Haiwan berbulu- Haiwan seperti kucing juga akan menyebabkan pertambahan habuk di dalam rumah. Juga boleh menyebabkan radang rhinitis
- Sel kulit mati- tanpa kita sedari, sel kulit mati juga boleh menjadi penyumbang habuk di dalam rumah
- Serangga
Tips Mengurangkan Habuk Dalam Rumah Kerana Boleh Beri Kesan Pada Resdung
1. Bersih rumah dengan kerap
dengan mengelap sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Kalau berkesempatan dan rajin, tiap-tiap hari pun boleh.
2. Lebihkan penggunaan vacuum
berbanding dengan penyapu. Hal Ini kerana, dengan menyapu akan menyebabkan habuk-habuk berterbangan. Berbanding dengan vaccum yang terus disedut masuk dan disimpan di dalam vaccum.
3.Elakkan penggunaan karpet
lebih-lebih lagi yang tebal kerana ia cenderung menjadi perangkap habuk. Tambahan pula karpet jarang untuk dibersihkan. Selalunya nak bersih pun masa nak raya sahaja.
4. Selenggara pendingin hawa
Hal ini kerana, pendingin hawa juga dapat memerangkap habuk jika tidak diselenggara mengikut jadual yang disyorkan.
5. Tukar cadar katil dan bantal sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Hal Ini kerana, kulit manusia bertukar setiap 28 hari dan kulit mati akan menjadi habuk dan ini antara penyebab yang boleh mengundang resdung di bilik tidur.
6. Guna penapis udara Coway
Di sarankan untuk guna penapis udara Coway yang akan membantu mengurangkan secara maksimum habuk dan hama rumah anda. Penapis udara Coway juga mempunyai filter yang boleh menapis habuk, hama, polen, bulu-bulu binatang dan partikel sekecil 0.3 mikron.
Kesimpulan
Kesimpulannya kesan habuk terhadap resdung, sememangnya memberi kesan yang negatif. Oleh itu, memandangkan kita sudah tahu apa punca yang menjadikan resudng semakin teruk, sebagai usaha perlulah kita mengurangkan habuk di dalam rumah atau di ruang yang tertutup
Rujukan
1.https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2021/07/834978/risiko-jangkitan-resdung
2.https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-lain/2018/07/448693/majoriti-penghidap-resdung-alah-makanan-laut
3. Li et al. 2009. A multicentre study assessing the prevalence of sensitisations in patients with asthma and/or rhinitis in China. Allergy; 64: 1083-1092.
4. Zock et al. 2006. Indoor working group of the European community respiratory Health survey II. Distribution and determinants of house dust mite allergens in Europe: the European community respiratory Health survey II. J Allergy Clin Immunol; 682-690.
Ummi adalah ejen sepenuh masa di Coway, sekiranya anda berminat untuk mndapat konsultasi tentang penapis udara, mahupun penapis air Ummi sedia untuk membantu.
Klik link di bawah untuk dapatkan maklumat mengenai penapis air atau hubungi Ummi terus di talian 019-555 1448