Penapis air bukan lagi kehendak tetapi sudah menjadi keperluan masyarakat pada zaman kini. Walaupun sumber bekalan air kita sudah dirawat. Yakin tak nak minum terus air dari paip tanpa di masak?
Air paip perlu dimasak terlebih dahulu sebelum ia boleh diminum, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye. Sumber 2018. Berita Harian
Jadi apa kelebihan dan kekurangnya penapis air. Juga sediakan untuk anda, 5 jenama penapis yang kompetitif di pasaran. Mudahlah anda ingin membuat pertimbangan untuk menggunakan produk penulenan air ini dan jenama pilihan anda.
Kelebihan Penapis Air
1. Penapis air mengatasi masalah kualiti air
Fator utama keperluan penggunaan produk penulenan air ialah untuk mengatasi masalah kualiti air seperti berwarna (tidak jernih), berkarat dan berbau. Malah, dengan kes-kes pencemaran sungai yang semakin meningkat sekaligus akan memberi kesan kepada kualiti air rawatan yang dibekalkan kepada orang awam.
a) Pencemaran
Kita sedia maklum pencemaran sungai di negara kita semakin meningkat dan seperti tiada jalan penyelesaian. Apabila sungai tercemar, pastinya akan menjejaskan kualiti air yang dibekalkan kepada masyarakat awam. Untuk menjaga kesihatan dan untuk lebih yakin lagi dengan kualiti air. Penggunaan produk ini akan memastikan air bebas daripada pencemaran seperti logam berat, bahan kimia yang terlarut dan merbahaya. Jadi penggunaan penapis air dilihat akan membantu menyelesaikan masalah ini.
b) Penampilan fizikal, bau dan rasa air
Kita tidak boleh melihat sesuatu pencemaran dengan hanya mata kasar sahaja. Ini kerana, logam berat, bahan kimia dan mikroorganisma bersaiz tersangat kecil dan tidak boleh dilihat melalui mata. Namun, sebagai pengguna anda boleh menilai kualiti air dari segi penampilan fizikal air tersebut. Sekiranya air berkarat, airnya tidak jernih. Malah berbau dan rasa meloyakan. Adakah anda akan terus minum dan berdiam diri?
c) Paip berkarat
Air paip yang dibekalkan di rumah kita sudahpun dirawat. Namun mengapa air paip ini tidak boleh diminum terus dan perlu di masak? Menurut menurut Menteri Timbalan Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye tidak boleh terus diminum kerana air yang dirawat disalurkan ke paip yang jaraknya berpuluh-puluh kilometer sebelum air tersebut sampai kerumah. Jadi ianya tidak diyakini sama ada ia selamat untuk dimi
2. Penapis air memudahkan kehidupan
Di dalam arus serba moden ini, kebanyakan wanita sudah mempunyai kerjaya dan karier mereka sendiri. Jadi masa untuk pengurusan rumah berkurangan. Yang suri rumah pun banyak sudah menggunakan penapis ini. Sebab utamanya memang memudahkan. Air boleh terus diminum tanpa perlu dimasak. Malah, ianya juga sudah dilengkapi dengan pelbagai suhu, sekaligus akan memudahkan kerja harian anda
3. Untuk kekemasan rumah
Dengan penggunaan produk penulenan air ini, rumah anda nampak lebih kemas tanpa botol-botol air. Penggunaan botol-botol air hanya menyemakkan mata dan membuat rumah atau dapur semakin bersepah. Nak pula, ada segelintir ahli keluarga yang selalunya tidak tutup botol air dengan kemas, nak isi air dalam cawan pun bertumpah sana sini. Ini menjadikan
4. Keluar kos beli penapis air untuk penjimatan
Ramai sangka, penngunaan produk ini akan pastinya melibatkan kos yang lebih meningkat. Nanti dulu, cuba kira-kira balik. Kos penggunaan penapis air boleh didapati dengan serendah RM 40/sebulan untuk satu suhu sahaja iaitu bersamaan Rm 1.30 sahaja. Nak lebih mudah hidup boleh pilih penapis yang mempunyai 3 suhu, dalam sekitar RM 65 sebulan iaitu lebih kurang RM 2.20 sehari. Tapi apa yang anda sekeluarga dapat? Air bersih yang unlimited dan kehidupan yang mudah. Bukankah harga ini sangat berbaloi daripada pembelian air di mesin-mesin air, mahupun pembelian air mineral.
Kekurangan Penapis Air
a) Kos elektrik semakin bertambah
Walaupun penapis air yang pelbagai suhu akan meningkatkan kos elektrik anda, tetapi tidak lah kenaikan yang significant. Hal ini kerana, ramai pengguna penapis ini tidak sedar kenaikan kos elektrik. Tambahan pula anda perlu memilih penapis air yang mempunyai penjimatan elektrik
b) Risiko karies gigi
Penapis air yang menggunakan kaedah sistem seperti osmosis berbalik atau penyulingan boleh menurunkan atau menyingkirkan kandungan mineral seperti fluorida. Di mana, fungsi fluorida dapat membantu kesihatan gigi anda. Ketidakhadiran fluorida dapat meningkatkan kejadian karies gigi di kalangan masyarakat.
Jangan risau. Jangan lupa juga, yang fluorida ini kita boleh dapatkan dari ubat gigi juga. Kalau mampu beli penapis air, tak akan lah tak mampu nak beli ubat gigi.
Malah, sekiranya pengambilan fluorida secara berlebihan boleh juga mendatangkan keburukan seperti fluorisis. Iaitu permukaan gigi akan menjadi keputihan/keperangan dan kadangkala rapuh akibat pengambilan fluorida yang berlebihan. Jadi sebab itulah, anda jangan guna berlebihan ubat gigi. Pantau anak-anak juga ya.
Tips pembelian penapis air
1. Mendapat kelulusan dan pengiftirafan dari badan profesional
Mendapat kelulusan HALAL adalah perkara yang paling utama untuk masyrakat Islam. Sekiranya banyak pilihan penapis air yang mempunyai sijil Halal, bukankah ianya lebih baik memilih penapis air yang mempunyai kelulusan.
Seterusnya, apa-apa produk barang elektrik perlulah mendapat pensijilan daripada pihak SIRIM. Ini untuk memastikan barangan elektrik ini tidak mengundang risiko terhadap keselamatan anda sekeluarga.
Oleh kerana produk ini, ialah untuk meningkatkan kualiti air. Jadi pilihlah produk penulenan air yang mendapat pengiktirafan daripada badan profesional yang berkaitan. Ianya seperti Water Quality Association (WQA), The Public Health and Safety Organization (NSF),
2. Beli penapis air yang sesuai dengan budget
Di pasaran banyak jenama atau model penapis air yang dikeluarkan ianya berbeza harga, spesifikasi dan fungsi. Sebagai contoh sekiranya anda tidak mampu untuk membeli penapis air secara tunai. Anda juga boleh membeli secara sewa beli seperti yang di tawarkan oleh syarikat seperti Coway, Cuckoo dan SK Magic.
3. Yang jimat tenaga elektrik
Untuk penapis air yang mempunyai pelbagai suhu, pastinya penggunaan tenaga elektrik diperlukan sama ada untuk panaskan air atau sejukkan air. Teknologi semakin maju dan berkembang, pilih sahaja penapis air yang mempunyai penjimatan elektrik atau mempunyai eco mode.
4. Saiz yang sesuai dengan keadaan rumah
Saiz penapis pun memberi peranan untuk anda membuat pilihan. Pelbagai saiz di pasaran seperti ada yang sesuai dia atas meja (Table Top) ataupun penapis yang boleh diletakkan terus di atas lantai seperti (Floor standing). Pilih sahaja yang sesuai dengan ruang atau keluasan rumah anda.
5. Pilih penapis air yang punyai “antibakteria”
Tujuan utama penggunaan penapis ini ialah untuk menyingkirkan mikroorganisma seperti bakteri E. Coli yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Sekiranya penapis yang dipilih tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan, penapis yang dibeli boleh menjadi tempat pembiakan bakteria atau pertumbuhan lumut dan kulat.
6.Design yang mengikut citarasa
Sekiranya kualiti produk sudah bagus bolehlah pilih design yang di minati. Design juga memainkan peranan dalam membantuk mencantikkan rumah dan dapur anda.
7. Penting- Servis selepas jualan
Servis selepas jualan adalah faktor yang penting dipertimbangan. Hal ini kerana fungsi penapis air adalah untuk menyingkirkan segala pencemaran. Sudah tentu pencemaran ini akan tersimpan di dalam filter. Oleh itu anda perlu jelas servis selepas jualan ataupun bagaimana filter akan ditukar selepas pembelian. Di sarankan untuk memilih jenama yang stabil di dalam pasaran, kerana jenama yang tidak stabil tidak berupaya kekal berada di pasaran. Sekaligus akan menyulitkan tugas penukaran filter atau membaiki kerosakan apabila anda memerlukan mereka.
5 Jenama penapis air yang kompetitif di pasaran
Ini adalah 6 jenama yang kompetifif di pasaran. Di nilai daripada kestabilan jenama ini di pasaran. Namun anda perlu semak terlebih dahulu spesifikasi produk dan pensijilan seperti daripada HALAL, SIRIM mahupun WQA. Untuk menilai dengan lebih tepat semak semula tips pembelian penapis air.
1. Coway
Coway adalah syarikat penapis air yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2006. Jenama ini semakin berkembang dan terus kukuh bertapak di Malaysia sehingga sekarang. Ia sudah ditubuhkan di Korea Selatan sejak tahun 1989. Penyelidikan dan kajian untuk produk yang boleh memberi manfaat kepada masyrakat terus giat dijalankan. Jadi tidak hairan, mengapa Coway kekal kukuh di pasaran. Malah pasaran produk Coway tidak tertumpu kepada Korea Selatan dan Malaysia sahaja. Ianya sudah berkembang ke seluruh pelosok dunia. Bukan sahaja menjadi peneraju kepada penapis air, malah Coway juga mempunyai produk penapis udara.
2. Cuckoo
Cuckoo ditubuhkan secara rasmi di Malaysia pada tahun 2014 dan menjadi rakan kongsi perniaagaan Cuckoo yang pertama di luar negara. Cuckoo juga adalah syarikat penulenan air yang kukuh di Malaysia.
3. Amway
Bukan sahaja memasarkan produk seperti makanan tambahan dan vitamin tetapi Amway juga mempunyai produk penulenan air.
4. Panasonic
Jenama Panasonic tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana jenama ini telah memasarkan pelbagai barang elektrik seperti kipas, mesin basuh dan lain-lain.
4. LG
LG juga adalah jenama yang terkemuka dalam peralatan elektronik seperti televisyen, peti ais dan lain-lain.
Kesimpulan
Ternyata penapis air bukan lagi kehendak semata-mata. Kini ianya sudah menjadi keperluan di atas faktor untuk meningkatkan kualiti air. Malah memudahkan kehidupan anda sekeluarga. Banyak produk penapis air di pasaran, sebagai pengguna yang bijak. Pilihlah produk yang berkualiti dan bersesuaian dengan objektif anda.
Rujukan
[1] https://hkp.moh.gov.my/buletin.item.251/penapis-air-dan-kesannya-kepada-kesihatan-mulut.html
2 Responses
Artikel yang jujur
Kebiasaannya agen bagitahu yang baik-baik saja tentang penapis air.
Sy first time dengar risiko karies gigi ni.
Betul-Betul membantu, thank you🙏✨
Dapat belajar apa baiknya penapis air ni