Kelebihan penapis udara Coway berbanding jenama lain, akan dikongsi oleh Ummi untuk menjadi rujukan dan pertimbagan anda ketika membuat keputusan. Sebelum ini Ummi sudah berkongsi mengenai maklumat mengapa pentingnya menggunakan penapis udara dalam kehidupan. Untuk artikel ini Ummi akan berkongsi kelebihan penapis udara Coway.
Jadi mana satu pilihan penapis udara atau jenama penapis udara yang boleh memastikan udara di dalam rumah anda kekal bersih. Dan apa kelebihan penapis udara Coway berbanding jenama lain.
CIRI-CIRI PENTING YANG PATUT ADA PADA PENAPIS UDARA
Bila kita hendak membeli sesuatu produk, kita mestilah jelas dengan peranan dan fungsi produk tersebut. Penapis udara pula perlu lah mencapai objektif untuk menapis udara dan dapat membekalkan udara yang bersih di rumah anda. Sekiranya anda beli penapis udara, tetapi tidak tercapai objektif untuk membersihkan udara rumah anda, di mana rumah anda tetap tidak berkurang habuknya, hama, tidak menapis gas-gas merbahaya. Maka ianya bukan lah penapis udara, mungkin kita boleh gelarkan sebagai PERHIASAN sahaja.
Ciri-ciri penting ini patut anda, dan patut anda semak sebelum membeli sebarang penapis udara
a) Kelebihan Utama Penapis Udara Coway Adalah Mempunyai HEPA filter
Jangan terkejut ya, bila anda buat sedikit penyelidikan atau pemerhatian. Banyak produk-produk penapis udara, tidak mempunyai HEPA filter. Hal ini kerana, yang paling utama, di sarankan mempunyai HEPA filter iaitu High Efficiency Particulate Matter yang lebih dikenali sebagai HEPA filter. Bukan sebarang filter yang boleh digelar sebagai HEPA filter ya. Hanya filter dengan berkesan menapis partikel sebanyak 99.7% pertikel termasuk lah habuk, hama, debunga, bakteria, yang bersaiz kecil ~ 0.3 mikron sahaja yang layak digelar sebagai HEPA filter.
Penggunaan HEPA filter ini banyak diterangkan oleh badan-badan profesional seperti United States Environmental Protection Agency (EPA), kerajaan Malaysia.
b) Filter lain sebagai pembantu atau pelengkap
Selain HEPA filter, adalah lebih baik dilengkapi dengan filter-filter jenis lain sebagai sokongan atau synergic effect namanya. Orang kata berdua lebih baik daripada berseorangan. Begitu juga penapis udara, bukan setakat HEPA filter sahaja, tetapi dilengkapi boleh dilengkapi dengan filter-filter jenis lain untuk mendapatkan kesan pembersihan udara secara maksimum.
c) Mendapatkan pengiktirafan badan profesional
Mana-mana produk elektrik atau peranti elektrik perlulah mendapat pensijilan atau pengiktirafan badan profesional seperti SIRIM. Banyak sangat laporan mengenai kes barang elektrik yang akhirnya hanya memudaratkan pengguna sendiri. Kerana hanya memikirkan harga, tanpa disedari hanya akan memudaratkan diri sendiri akhirnya. Semua produk Coway mempunyai sijil SIRIM dan anda tidak perlu risau lagi tentang isu keselamatan ini. Pengiktirafan badan profesional yang berkait dengan kualiti udara juga penting untuk memastikan kualiti produk sesuatu penapis udara. Tanpa pengiktirafan atau pensijilan ibarat seperti “masuk bakul angkat sendiri” dengan produk yang dihasilkan.
d) Penunjuk kualiti udara
Bagi Ummi, sekiranya tiada penunjuk kualiti udara untuk memberi informasi keadaan kualiti udara rumah kita. Ibaratnya penapis udara ini SYOK SENDIRI. Entah betul atau tidak, menapis udara. Anda pun tidak pasti. Sebagai contoh sekiranya berlaku pembakaran atau anda sedang merokok. Pastinya penapis udara Coway akan memberi amaran “kualiti udara rumah anda sedang tercemar” dengan penunjuk melalui warna atau menggunakan skala. Dan ini akan selari dengan kualiti udara rumah anda. Anda sendiri akan merasakan perubahannya dan dapat lihat bagaimana penapis udara Coway bekerja. Gambar di bawah menunjukkan cara kerja penapis udara storm memberikan penunjuk kualiti udara dengan perubahan lampu LED
e) Servis dan penyelanggaran
Semak dahulu servis dan penyelanggaran yang ditawarkan sewaktu membeli penapis udara. Mungkin anda mendapat tawaran harga yang lebih rendah daripada pasaran, kerana ianya tidak dilengkapi dengan servis dan penyelanggaran. Semak juga berapa kerap servis ini dilakukan, untuk Coway setiap 2 bulan akan servis penapis udara anda.
Kita telah tahu, apa ciri-ciri yang sepatutnya ada pada penapis udara. Sekiranya anda masih dalam proses pertimbangan untuk memilih penapis udara yang sesuai. Ummi ingin berkongsi tentang kelebihan penapis udara Coway berbanding jenama yang lain.
Kelebihan Penapis Udara Coway Berbanding Jenama Lain
Pelbagai jenis model, pelbagai jenama penapis udara yang mungkin membuatkan anda tertanya-tanya mana satu pilihan yang paling tepat untuk anda sekeluarga. Di sini, Ummi ingin berkongsi maklumat dan pendapat kelebihan penapis udara Coway berbanding jenama lain.
1. Sijil dan pengiktirafan
AHAM verified :Penapis udara coway disahkan oleh AHAM verified yang terbukti dapat mengurang pencemaran udara seperti asap habuk, debunga
Penapis udara coway diuji secara saintifik oleh British Allergy foundation, di mana penapis udara coway terbukti secara saintifik dapat menurangkan allergen dalam persekitaran di rumah.
c) Korea air cleaning association, KACA dengan “CA Marks”: CA marks ini, hanya diberi kepada penapis udara yang telah melalui ujian yang ketat.
Ini bermaksud penapis udara coway efisien dalam
- Mengumpul dan menapis habuk-habuk yang berterbargan di udara
- Menghilangkan bau yang tidak nyaman
- Penapis udara beroperasi dalam keadaan senyap
- Mengurangkan lapisan ozon di aras bumi (Bad ozone)
2. Servis secara berkala dan berdisiplin
Di pasaran Coway adalah syarikat yang paling kerap servis iaitu setiap 2 bulan servis sanitasi dan penukaran filter pada setiap 4 bulan. Ini memastikan penapis udara anda bekerja secara optimum. Jadi anda perlu semak dahulu, adakah penapis yang anda rancang untuk beli mempunyai tawaran yang hebat ini.
Jangan pula sudah membeli penapis udara, tapi sudah bertahun-tahun tidak servis. Bahkan tidak pernah menukar filter.
3. Teknologi filter yang digunakan mendapat pengiktirafan
Setiap model penapis udara Coway mempunyai HEPA filter, perbezaannya kaedah penapisan terletak pada jenis dan bilangan filter tambahan bagi sesuatu model penapis udara. Jenis-jenis “Filter” bagi penapis udara Coway
a) Pre filter: Menapis partikel-partikel yang lebih kasar di dalam udara seperti bulu-bulu haiwan, rambut manusia debu, debunga dan sebagainya.
b)Fine Dust filter: Menapis partikel-partikel yamg saiznya lebih kecil dan halus. Namun tidak dapat menapis partikel saiz lebih kecil iaitu ~ 0.3 mikron, di mana HEPA filter mampu menapis saiz partikel sekecil ini.
c)Legionella filter: Menyingkirkan Legionella, Staphylococcus Aureus dan bakteria lain. Sebagai contoh bakteria Legionella boleh menyebabkan penyakit ‘Legionnaires’. Ini berlaku apabila bakteria legionella menjangkiti paru-paru dan menyebabkan pneumonia
d) HEPA filter– High Efficiency Particulate Matter ataupun dikenali sebagai (HEPA) adalah penapis udara mekanikal yang memenuhi piawai yang dapat menapis sekurang-kurang 99.97% partikel seperti pollen, habuk, hama, fungi, bakteria, asap rokok dan gas merbahaya yang bersaiz kecil ~ 0.3 mikron [1].
Saiz sekecil 0.3 mikron (most penetrating particle size) ini boleh memasuki ruang pernafasan kita, sekaligus akan memberi kesan buruk terhadapat kesihatan. Contoh saiz partikel yang ada disekeliling kita seperti [2]
- Spores: 3- 40 mikron
- Kulat: 3 – 12 mikron
- Bakteria: 0.3 -60 mikron
- Gas kenderaan: 1- 150 mikron
- Gas oksigen: 0.0005 mikron
e) Deordorization filter- Adalah untuk memerangkap bau yang kurang menyenangkan. Jadi ruang rumah atau bilik tiada lagi bau-bau busuk, bau, rokok, atau apa sahaja bau yang kurang menyenangkan.
f) RBD Plasma: Bukan sekadar menapis partikel-partikel kecil, malah mampu untuk menguraikan gas-gas merbahaya seperti formaldehyde, dan mampu membunuh kuman dan virus.
g) Catalyst filter: menyingkirkan gas merbahaya seperti toluene, xylene dan sebagainya.
4. Penunjuk kualiti udara
Penunjuk kualiti udara ini penting, sebagai informasi atau maklumat tentang kualiti udara dirumah anda.
Penapis udara Storm dan Breeze menggunakan kaedah pertukaran warna untuk menunjukkan kualiti udara dirumah. Sebagai contoh warna merah menujukkan kualiti udara yang tercemar dengan sangat teruk, manakala warna biru pula menunjukkan kualiti udara yang bersih.
Manakala penapis udara Lombok III penunjuk kualiti udaranya lebih tepat dengan menunjukkan indek kualiti udara pada PM2.5. Sebagai contoh sekiranya index 0-50 menunjukkan kualiti udara yang bersih seperti yang boleh dirujuk pada Jadual.
Klik di sini sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut perbezaan antara penapis udara Storm, Breeze dan Lombok III. Apa bezanya Penapis udara STORM VS LOMBOK dan Apa bezanya Penapis udara STORM VS BREEZE.
5. Jenama yang stabil
Coway adalah jenama yang sangat stabil dan dikenali di Malaysia. Rata-rata penduduk Malaysia sudah kenal dengan jenama ini. Apa pentingnya jenama yang stabil?
Jenama yang stabil akan kekal survival walau bagaimana sekali pun cabaran ekonomi pada masa hadapan. Ini penting sebab anda nak guna penapis udara bukannya sehari dua, tetapi bertahun lamanya. Sekiranya jenama yang anda pilih tidak stabil, tidak up to date technology, kemungkinan besar beberapa tahun akan datang sudah tiada lagi.
Jika sudah tiada lagi, siapa nak melayan anda sekiranya berlaku kerosakan alat penapis udara, nak tukar filter, servis sanitasi dan sebagainya. Sebab itu pentingnya memilih jenama yang sudah stabil. Nak pilih baju, pakai jenama apa pun tidak mengapa, kalau rosak tak bagi kecederaan pada badan si pemakai. Lepas rosak, terus beli lain, tetapi bukan untuk barang elektrik atau penapis udara. Ini kerana kita memang nak guna lama barang-barang tersebut.
Rujukan
1. https://www.epa.gov/ground-level-ozone-pollution/ground-level-ozone-basic
2. https://www.epa.gov/indoor-air-quality-iaq/what-hepa-filter-1
3. https://learn.allergyandair.com/hepa-filters
Kesimpulannya
Banyak kelebihan penapis udara Coway yang telah dibuktikan. Hampir kesemua pelanggan memberi kan testimony yang baik tentang penapis udara Coway, dan bagaiaman perubahan yang positif terhadap kesihatan mereka setelah menggunakan penapis udara Coway. Sekiranya anda tidak pasti sama ada perlu atau tidak anda menggunakan penapis udara Coway dalam kehidupan seharian. Mungkin artikel ini akan membantu anda sebagai panduan “mengapa perlu penapis udara”.
KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN UMMI
Coway juga mempunyai penapis air yang akan membantu anda untuk mendapatkan air bersih dan memudahkan kehidupan seharian. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa kelebihan penapis air Coway berbanding jenama lain dan anda boleh memilih model popular penapis air murah Coway Sekiranya ingin mendapatkan konsultasi secara percuma boleh terus hubungi UMMi pada talian 019 555 1448 atau terus klik link ini.
One Response
Byk penapis udara di pasaran yg xde pun HEPA filter. Produk Coway berkualiti